produk natural 99

Saturday, January 14, 2012

Chong Wei hampiri gelaran kelapan Terbuka Malaysia Tundukkan Cheng Long


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran juara Terbuka Malaysia 2012 buat kali kelapan dan bakal bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago di pentas akhir esok.
Turun sebagai pilihan utama kejohanan, Chong Wei terpaksa berhempas pulas pada set pertama untuk mendahului kemenangan dengan catatan 21-18 sebelum tumpas pada set kedua 17-21 kepada pilihan ketiga dari China, Chen Long.
“Ketinggalan pada set kedua, saya cuba bangkit dengan melakukan banyak serangan untuk merapatkan kedudukan.
“Pada set ketiga, saya menukar corak permainan sehingga berjaya mengalih perhatian Cheng Long,” katanya yang menang set ketiga dengan catatan 21-13.
Mengakui sokongan penonton yang memenuhi stadium membangkitkan semangatnya untuk tidak menghampakan harapan penonton.
Bertemu dengan Kenichi di akhir esok, Chong Wei mahu lebih fokus menghadapi perlawanan esok sekali gus mempertahankan kemenangan.
Sementara itu, China memberi laluan mudah Kenichi melangkah ke final setelah pemain perseorangannya, Chen Jin cedera ketika perlawanan baru lima minit berlangsung.
Kenichi yang mendahului dengan catatan 3-2 akhirnya memaksa Chen Jin menarik diri pada minit kelapan kerana kecederaan di buku lalinya yang dikhuatiri semakin serius.
Mengulas lanjut mengenai persiapannya menghadapi Sukan Olimpik tahun ini, Chong Wei tekad untuk lebih cergas dan memastikan tidak cedera sebelum kejohanan berprestij itu.
Juara bertahan Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia dengan menewaskan Chen Long dari China malam ini.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir
Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (MAS) mn  Chen Long (CHN) 21-18, 17-21, 21-13
Kenichi Tago (JPN) mn Chen Jin (CHN)  3-2 tarik diri

Perseorangan Wanita
Wang Yihan (CHN) mn Saina Nehwal (IND) 21-15, 21-16
Wang Shixian (CHN) Wang Xin (CHN)

Beregu Lelaki
Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu (TPE) mn Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata (JPN) 21-19, 18-21, 21-12
Cho Gun Woo-Shin Baek Choel (KOR) mn Chai Biao-Guo Zhendong (CHN) 26-24, 23-21

Beregu Wanita
Ha Jung Eun-Kim Min Jung (KOR) mn  Shizuka Matsuo-Mami Naito (JPN) 17-21, 21-15, 21-12
Christina Peddersen-Kamilla Rytter Juhl (DEN) mn Yixin Bao-Zhong Qianxin (CHN) 21-14, 21-13

Beregu Campuran
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (MAS)  Zhang Nan-Zhao Yunlei (CHN)  13-21, 16-21
Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir (INA) kk Xu Chen-Ma Jin (CHN) 17-21 , 14-21

No comments:

Post a Comment

ads