produk natural 99

Friday, January 13, 2012

Justin Bieber Lancar Robot Menari


wow!!kelaaaaaaaass ko Bieber~~
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul pada Pertunjukan Pengguna Elektronik Antarabangsa di sini kelmarin.
Bieber, 17, yang popular dengan lagu Baby melancarkan robot menari yang dilengkapi pembesar suara mudah alih keluaran syarikat TOSY Robotics JSC dari Vietnam.
Dia yang terkenal dengan lagu Baby melancarkan robot itu yang dikenali mRobo dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TOSY Robotics JSC, Ho Vinh Hoang dan wartawan muzik, Allison Hagendorf.
Bieber yang memakai jaket Louis Vuitton sempat meluangkan masa untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat.
Harga robot itu tidak didedahkan dan jumlah bayaran yang diberikan kepada penyanyi itu kerana melancarkan robot berkenaan juga tidak diketahui. - Agensi

1 comment:

  1. Even a famous teenage singer like Justin Bieber had a great time at the launching of robots.

    ReplyDelete

ads