produk natural 99

Tuesday, January 17, 2012

Semakan Status Permohonan BR1M Serta Cara Pembayaran BR1M


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M | CARA PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA BR1M | Salam 1 Malaysia,Sejak pembayaran bantuan rakyat 1malaysia diagihkan kepada orang ramai bermula isnin lepas iaitu 16 januari 2012 menyebabkan orang ramai ingin tahu bagaimana cara pembayaran dan cara untuk menyemak status permohonan BR1M ini..oleh itu jom kita rungkaikan segala permasalahan.

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja  sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan keunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan mybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

p/s:harap segala kekeliruan terjawab selepas membaca keterangan di atas :)

No comments:

Post a Comment

ads